Kek Lapis Coklat Blueberry
Bahan A
300gm Tepung Hong Kong
150gm Gula Halus
1 SB Ovelet
- Pukul sampai putih gebu, kembang dengan speed tinggi dalam masa 8 minit.
Bahan B
500gm Mentega
300gm Susu Pekat Manis
- Pukul sampai putih. Speed tinggi 8 minit.
Bahan C
200gm Horlick
170gm Yeos Kaya
Bahan D
200gm Nutella Hazelnut Spread
250gm Blueberry Spread (nak nampak ketul blueberry, cari spread yang masih berketul-ketul).
100gm aiskrim powder
1 SB Coklat Paste
Cara-cara
Campur adunan A dan B. Pukul speed sederhana. Sebatikan. Masukkan kaya. Sebatikan.
Masukkan horlick. Sebatikan.
Bahagi 2 adunan.
1 Coklat Paste + Nutella
2 Aiskrim Powder + Blueberry
Ambil 1 cawan, bakar lapisan blueberry dahulu. Diikuti pula lapisan coklat. Bakar sampai habis dengan suhu 150 (oven saya) dalam masa 8 ke 10 minit. Gunakan api atas sahaja, fungsi grill. Lapisan terakhir... guna api atas 8 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil. On api atas dan bawah fungsi grill. Bakar dalam 15 ke 20 minit.
Tip
- Texture kek lembab dan lembut. Butter saya campur Buttercup dan SCS.
Selamat mencuba...